Kesedihan
Aku baru sahaja mendapat panggilan dari pakcikku. Alangkah terperanjatnya aku apabila diberitahu bahawa ibuku telah meninggal dunia. Kata-kata itu menikam terus ke jantung. Pedih sungguh hatiku mendengar berita yang mengejutkan itu. Kerianganku tadi ditimpa bencana. Keputusan peperiksaanku sangat baik dan aku berniat untuk memberitahu ibuku. Tetapi, berita yang disampaikan tadi benar-benar mengguris luka di hatiku. Aku tidak tahu hendak membuat apa. Dunia ini sudah tidak berguna lagi buatku. Malangnya, aku tidak dapat mengubah takdir yang sudah terpateri.
Kegembiraan
Aku sedang menanti keputusan peperiksaan akhir tahunku. Hatiku berasa risau. Beribu-ribu pertanyaan bermain-main di mindaku. Adakah aku akan mendapat keputusan yang memuaskan atau yang menyedihkan? Beberapa minit sudah pun berlalu. Tiba-tiba, namaku dipanggil guruku. Aku tersentak dan hatiku melonjak kegembiraan. Aku dibayangi perasaan gembira dan rasa gembira mula meruap di dadaku. Aku seakan tidak percaya dengan keputusanku yang memeranjatkan.
Hari Raya Cina
Hari Raya Cina boleh disambut oleh orang cina selama lima belas hari. Sampai sekarang, Hari Raya Cina masih belum berakhir lagi. Sekolah saya, Sekolah Menengah East Spring, menyambut Hari Raya Cina dan membuat konsert untuk menyambutnya. Konsert itu menarik ramai perhatian daripada pelajar-pelajar dari sekolah saya. Saya dapat pelajari bahawa di dalam kalendar orang cina, ada dua belas ekor binatang. Tahun ini adalah tahun lembu jantan. Saya tidak pergi ke rumah kawan cina saya kerana saya tidak ada masa tetapi saya hanya mengucap selamat menyambut Hari Raya Cina.
Azam
Setiap tahun, ramai orang pasti akan membuat azam yang baru. Seperti mereka, saya juga mempunyai azam baru. Azam saya untuk tahun ini ialah untuk menjadi pelajar yang berdisiplin dan cemerlang Sebenarnya, ada banyak lagi azam saya seperti mengkhatam Quran dan memastikan saya menghabiskan satu buku cerita setiap bulan tetapi azam saya menjadi pelajar yang berdisiplin dan cemerlang, saya utamakan. Ini kerana tahun ini saya sudah mula menjadi seorang pelajar sekolah menengah. Saya tidak boleh terlalu banyak membuang masa dan mesti lebih serius dalam pelajaran demi menjadi pelajar yang berjaya. Saya juga ingin menjadi kebanggaan keluarga saya. Bolehkah saya tahu apakah azam awak?